
Sulit
5 tahun
Demam,batuk,selsema,asma,sakit tekak
Saya seorang lelki 30an,saya mula sakit seperti diatas pada selasa mlm hingga ke hari ni iaitu jumaat.demam saya on dan off.semalam saya mula mengalami pendek nafas seperti asma.saya telah membuat ujian di doctoroncall berkenaan covid19 dan hasilnya menyatakan saya mgkn mengalami sakit2 lain.saya ingin membuat pengesahan dari tuan dan puan,samaada saya boleh @ tidak berjumpa dgn doktor diklinik biasa utk merawat sakit saya kerana saya risau jika saya ini ada covid 19 meskipun telah menbuat ujian tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda dan tahniah kerana telah mengambil inisiatif untuk menilai risiko COVID-19 anda. Anda harus ke klinik untuk mendapat rawatan kerana anda mengalami simptom nafas pendek. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan simptom-simptom yang telah anda nyatakan seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini