amirrulazwan11
3 tahun
Demam batuk selsema bintik merah di tangan dan saya mahu penjelasan sakit apa ini
Tangan saya ada bintik merah tapi tak gatal dan hari Jumaat lalu saya pergi menonton wayang yang kemudian saya balik dan mula demam, selsema batuk sakit tekak. Boleh saya itu sakit apa. Adakah ia covid 19 atau hiv? Saya risau kalau ia hiv
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah demam berserta bintik-bintik atau biji-biji merah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit tangan, kaki dan mulut
- Demam Scarlet
- Demam campak
- Measles
- Demam denggi
Tanda-tanda bagi HIV pula amatlah bersifat am dan tidak menjurus kepada mana-mana simptom tertentu. Anda dikira sebagai berpotensi tinggi untuk Jangkitan HIV jika pernah melakukan aktiviti berisiko seperti:
- Hubungan seks rambang/sejenis tanpa perlindungan
- Mengunakan jarum yang telah digunakan
Sekiranya nekad, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Saya berharap jawapan ini telah membantu memberi penerangan kepada anda. Terima kasih.