
Sulit
5 tahun
Demam batuk selsema cirit birit sakit kepala
saya ingin bertanya suami saya mengalami demam yg panas… suhu 38.9 @ 39.4 badan panas sgt … tetapi bile bertanya suami kata die sejuk … sampai mengigil2. .disusuli sakit kepala … hari ni hari ketiga … nampak mcam ok sikit …tapi cirit birit pulak… simptom demam memg mcm tu ye… dah buat ujian darah pada hari ke2 … doc cakp bukan denggi…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam dan cirit-birit yang suami anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman dalam usus atau organ lain
- Penyakit radang usus
- Penyakit tibi
- Jangkitan dalam otak seperti meningitis
- Ketumbuhan dalam badan - seperti kanser juga boleh menyebabkan demam
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, suami anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.