
ummiqary
5 tahun
Demam, batuk, selsema, sedikit kesukaran bernafas, dan kehamilan trimester pertama
Saya mengalami demam, selsema, batuk, sakit tekak dan sedikit kesukaran bernafas. Adakah saya perlu membuat pemeriksaan berkenaan corona sebab saya mempunyai 2 rakan yang baru pulang dari Jepun dan telah masuk bekerja setelah mereka pulak dari Jepun. untuk pengetahuan doktor, saya hamil 6minggu. saya risau akan keadaan kehamilan saya jugak.

5 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID19 memandangkan anda mempunyai rakan sekerja yang baru pulang dari Jepun dan anda sedang mengalami gejala seperti demam, selsema, batuk, sakit tekak dan sukar bernafas. Berdasarkan simptom ini, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:
Risiko sederhana rendah: Anda perlu menjalani kuarantin kendiri sekurang-kurangnya 14 hari. Ada juga perlu untuk memantau perkembangan kesihatan badan anda seperti suhu badan dan mengawasi sebarang simptom COVID-19 seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam.
Risiko sederhana : Anda digalakkan untuk pergi ke hospital ataupun klinik bedekatan untuk melakukan pemeriksaan khas bagi COVID-19.
Risiko tinggi: Anda perlu untuk pergi ke fasiliti kesihatan dengan kadar segera. Sekiranya anda didapati positif COVID-19, anda akan dirujuk kepada hospital khas dan mendapatkan rawatan lanjut. Anda juga akan dikuarantin di fasilit kesihatan tersebut untuk tujuan pemantauan.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala ini juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini