
ara_hamid93
4 tahun
Demam bayi berpanjangan
assalamualaikum n selamat malam…sy ingin bertanya…anak sy brusia 1 tahun 3 bulan…pada mulanya anak sy masuk hospital selama 4 hari 26/5/19 - 29/5/19 krn nafas laju akibat bnyk lendir di paru2…kemudian beliau telah discharge…kemudian pada 31/6/19 dia dimasukkn semula ke hospital semula akibat demam panas 40 celcius…tp spnjang di hospital demam dia kjp panas kejap tak…pd 3/6/19 anak sy tlh discharge tp demm die masih lg on off…kdg suhu die 38.7…kdg 38…kalau ok kadang2 37.3…ni sekarang pon demam dia 38…apa yang sy perlu lakukan lagi ye?adakah demam anak sy normal? adakah die perlu dirawat semula di hospital…pelbagai usaha sy dah buat…tuam air die kepala…tuamkn dengan air daun bunga raya…bg ubat ikut seperti yg dokter di hospital sarankan…sy buntu…tolong bantu sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda,gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan dibuat tentang masalah yang anak anda .
Namun demikian,secara umumnya,terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gejala yang anak anda alami. Antaranya ialah:
- Infeksi bakteria (biasanya dikenali sebagai Pneumonia)
- Infeksi virus
- Asma (disebabkan oleh allergen seperti debu)
- Penyakit kawasaki (demam tempoh 5 hari, permukaan lidah kelihatan seperti buah strawberi,ruam pada kulit,bengkak gelenjar limpa)
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.