
Sulit
4 tahun
Demam, bengkak sendi susah berjalan
Sel darah merah anak saya hanya 4.37 dan darah putih pula 10.2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan yang anda alami. Namun, maklumat yang diberi tidak cukup untuk mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat. Hal ini kerana bacaan darah merah dan putih tidak sama antara lelaki dan perempuan, kanak-kanak dan dewasa.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.