Sulit
3 tahun
Demam berbalik balik dan leher mempunyai bengkak sebelah kanan
Saya Alyas, lelaki berusia 25 tahun. Saya telah mengalami masalah demam berbalik dan badan saya mudah kebah. Semasa demam, leher saya bengkak belah kanan dan sedikit bengkak di belakang telinga. Sebelum ini saya pernah berjumpa dengan doktor untuk masalah ini pada bulan lapan dan sekejap pulih. Tetapi pada awal bulan sembilan saya telah warded di hospital disebabkan masalah yang sama dan juga mengalami demam berbalik yang lebih teruk.Pada 22/9/2020 petang saya mengalami demam berbalik sampai ke harini 23/9/2020. jadi perlu ke saya risau?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam adalah gejala yang umum. Bagi memerincikan punca demam anda, maklumat tambahan diperlukan seperti simptom-simptom lain. Namun begitu, mengikut keterangan anda, punca demam anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Demam influenza - disebabkan virus influenza yang sukar untuk ditangani dan menyebabkan demam panjang
- Demam denggi, malaria, kencing tikus
- Penyakit berkaitan keradangan seperti penyakit radang usus, radang hati
- Penyakit berkaitan sel darah putih seperti leukemia
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Jangan biarkan demam anda berlarutan ! Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.