
Sulit
4 tahun
Demam berlanjutan 5 hari
sy lelaki berumur 21 thun setiap hari bermula hari pertama sy demam suhu badan sy naik dan turun dan walaupun panas sy menggigil setiap hari,bahagian lutut dan kaki terasa lenguh,kepala sakit berdenyut kadang kuat kadang slow sentiasa,hilang selera makan,makan nk telan pun susah,mulut jadi pahit,berpeluh kuat.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Gejala demam tersebut boleh menandakan berlakunya jangkitan kuman pada tubuh, namun demam yang naik turun serta berpanjangan (melebihi tiga hari) perlu dikaji dengan lebih teliti oleh pihak kesihatan, kerana dikhuatiri:
- jangkitan virus (i.e. covid19, denggi, dll)
- jangkitan bakteria (i.e. tifoid, dll.)
- jangkitan parasit (i.e. cacingan, dll)
- dll.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Memandangkan kes harian jangkitan COVID-19 meningkat saban hari, saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.