
Sulit
5 tahun
Demam berlanjutan selama 5 hari
Adik saya berusia 12 tahun mengalami demam selama 5 hari. dia diberi ubat Panadol biasa tetapi demamnya berterusan. berat badannya ialah 34 kilo. Harap dr dapat membantu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, demam merupakan petanda badan anda mengalami jangkitan. Oleh itu, untuk meredakan demamnya, punca demam adik anda harus diketahui. Olejh, itu maklumat lanjut tentang keadaan adik anda perlu diberi supaya rawatan yang sesuai boleh dicadangkan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.