Sulit
4 tahun
Demam berlarutan, demam sudah baik lepas makan ubat tetapi selepas 3-4 jam, demam datang balik
Hi…saya wanita berumur 23 tahun…pada 6/6 saya mengalami sakit kepala dan sakit badan…keesokan harinya (7/6), saya demam…sakit kepala dan sakit badan masih ada walaupun saya sudah makan ubat, ditambah pula dengan sakit tekak…pada 8/6, saya masih demam dan hilang deria bau…adakah saya perlu menjalani swab test?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai simptom yang anda alami iaitu demam, hilang deria rasa, sakit tekak dan sakit badan. Tambahan lagi wabak COVID-19 mempunyai gejala yang serupa. Kami akan cuba membantu anda.
Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami demam, seperti:
- Jangkitan COVID-19
- Demam viral ( viral fever )
- Demam denggi
- Jangkitan paru-paru
Maklumat lanjut mengenai demam anda adalah diperlukan dan juga pemeriksaan lanjut juga perlu dilakukan untuk mengetahui status COVID-19 anda. Anda boleh melakukan pemeriksaan di klinik kerajaan dan mana-mana klinik swasta yang menawarkan khidmat pemeriksaan COVID-19.
Memandangkan anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah ini, sila berjumpa dengan doktor dengan segera :
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































