
noorzaiti.norzali
4 tahun
Demam berpanjangan, Platelet Tinggi, Urine 2+ Protein bagi anak berusia 9 tahun adakah ia nya normal?
2 bulan lepas anak berumur 9 tahun saya demam sehingga 2 minggu. Blood test 3 kali ambil dan platelet nya tinggi sehingga 800 dan urine nya 2+ protein. Apakah punca kepada permasalahan ini.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Mohon maaf puankerana informasi yang diberikan belum cukup untuk menggambarkan perkara yang sebenar atau kondisi kesihatan anak puan. Setiap pemeriksaan laboratorium perlu diiringi dengan:
- hasil soal selidik (anamnesis / clerking) pesakit,
- hasil penilaian faktor risiko
- hasil pemeriksaan fizikal
- dan hasil pemeriksaan diagnostik yang lain (pengimejan, laboratorium, darah, dll.)
Bagi menentukan diagnosis kerja yang paling tepat. Justeru adalah lebih baik anda merujuk kepada doktor anda yang meminta ujian lab tersebut dilakukan atau berjumpa secara langsung doktor di klinik atau hospital yang terdekat. Disamping itu, setiap lapisan pemeriksaan lazimnya mempunyai doktor pakar masing-masing untuk menilai hasil pemeriksaan-pemeriksaan tersebut.
Oleh itu, saya sarankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci dari pihak kami perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda tetap mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Umumnya demam yang berpanjangan pada anak kecil boleh disebabkan
- jangkitan kuman (bakteria/virus)
- gangguan imuniti tubuh
- atau kondisi tubuh lain yang memerlukan pemeriksaan lanjut dengan segera
Inginkan penjelasan lanjut dari doktor pakar? Clinical Haematologist kami sedia membantu
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.