
Anonymous
5 tahun
Demam berpanjangan selama 6 hari
Assalamualaikum,
Ibu saya sudah 6 hari demam. Dimana, demam tersebut tidak panas sentiasa. On off. Badan tak larat. Makan kurang selera. Dua klinik sudah pergi, namun mereka mengatakan itu ada demam biasa. Dan dua hari lepas, periodnya datang selepas 6 bulan tak datang.Apakah langkah seterusnya yang saya boleh ambil?simptom apakah ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang ibu anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh ibu anda. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Demam yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Radang
Oleh sebab rawatan bagi setiap kondisi di atas berbeza-beza, anda digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan atau ujian yang lebih lanjut supaya rawatan yang betul dan berkesan dapat diberikan secepat mungkin. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Sekian, harap membantu.