
Sulit
5 tahun
Demam berpanjangan serta beberapa simptom lain
Saya wanita berumur 28 thn. Demam,sakit kepala dan sakit tekak pd 9 march 2020 dan sakit tekak sy berlarutan hampir seminggu. Namun setelah hampir bebrapa mggu, sakit tekak sudah pulih tp demam sy masih tidak kebah sepenuhnya. Pada 25/3/20, saya demam semula beserta sakit kpala dan batuk2 sehingga hari ini. Apa yg perlu sy lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, demam berpanjangan boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti:
- jangkitan influenza
- demam denggi
- keradangan
- jangkitan kuman pada lapisan otak menyebabkan sakit kepala
- COVID
Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini