
Sulit
3 tahun
Demam berturut-turut selama 3 hari,batuk kering pada waktu malam
Saya wanita berumur 33tahun.mengalami demam dan batuk kering.hari pertama demam bahagian blkg badak rasa sakit mcm kepenatan.begitu jugak pada bhgian paha ke betis.mcm kebas.skrg demam saya yg berlarutan sampai skrg.demam akan dtg semula pada waktu antara magrib ke tengah mlm.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Gejala demam tersebut boleh menandakan berlakunya jangkitan kuman pada tubuh, namun demam yang naik turun serta berpanjangan (melebihi tiga hari) perlu dikaji dengan lebih teliti oleh pihak kesihatan, kerana dikhuatiri:
- jangkitan virus (i.e. covid19, denggi, dll)
- jangkitan bakteria (i.e. tifoid, dll.)
- jangkitan parasit (i.e. cacingan, dll)
- dll.
Tabahan lagi gejala atau kondisi yang dialami juga boleh disebabkan oleh:
- keletihan yang melampau (extreme fatigue)
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- tanda-tanda gangguan tidur
- gangguan metabolisme tubuh
- komplikasi dari jangkitan kuman atau patogen:
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.