Sulit
3 tahun
Demam berulang setelah genap seminggu namun masih aktif seperti biasa
Hello doc. Saya nak tanya soalan berkenaan kesihatan anak saya. Anak berumur 2y5m.Dia mengalami demam yang berulang setelah genap seminggu. Suhu paling tinggi 38.2, berlanjutan selama 2 hari namun makan minum seperti biasa dan still aktif dan dia ada sedikit batuk. Sekarang dah sihat…Apakah sebab yang boleh menyebabkan demam datang semula?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai dan salam sejahtera! Terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kesihatan anak anda yang sering demam. Sudah tentu, menjadi kelegaan bagi setiap ibubapa apabila anak mereka sembuh daripada demam. Namun begitu, kami menasihati anda untuk segera berjumpa doktor sekiranya kejadian yang sama berulang lagi. Maklumat yang lebih lanjut diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dibuat tentang penyebab sebenar demam yang anak anda hadapi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai penyebab terjadinya demam berulang pada kanak-kanak. Antara penyebab yang memungkinkan adalah:
- Demam berdarah
- Demam Virus
- Demam Kepialu (Tifoid)
- Demam kerana jangkitan saluran kencing
- Demam HIV
- Demam Malaria
- Demam penyakit jangkitan pada telinga
Anda risau anak anda demam? Periksa suhu anak anda dan dapatkan kelegaan segera.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih