
Sulit
5 tahun
Demam berulang ulang
Anak saya berusia 5 tahun dan kerap demam…dalam tempoh 3 minggu anak saya telah mengalami demam sebanyak 2 kali. Kali pertama demam anak saya mengadu sakit di bahagian leher kiri dan doc beritahu ada kaitan dengan saluran limpa dan diberi antibiotik…setelah beberapa hari demam telah tiada. Dan sekarang selepas 3 minggu, anak saya demam lagi…saya risau kerana dia kerap demam…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah demam yang berulang-kali ini boleh disebabkan:
- Jangkitan influenza - ia adalah sejenis demam yang disebabkan virus dan virus ini mempunyai pelbagai jenis
- Jangkitan oleh bakteria selepas jangkitn virus - hal ini boleh terjadi apabila demam yang pada mulanya disebabkan virus mula dijangkiti bakteria akibat penggunaan antibiotik yang tidak sepatutnya diberikan sewaktu demam virus
- Radang tonsil - juga boleh menyebabkan demam
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah anak anda dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.