
erryanuwar30
5 tahun
Demam bila tengah malam
Hye doc
Saya berumur 30an
Bila mlm slepas jam 12 badan saya kn panas mcm demam
Angin dlm badan
Curit birit
Tetapi slepas saya mkn ubat…
demam akn berkurangan
Sudah 4 mlm
Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, masalah demam panas yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Kemungkinan besar demam panas yang anda hadapi disebabkan oleh jangkitan kuman, apabila tubuh diserang kuman, tubuh akan berusaha untuk membunuh kuman dengan haba iaitu demam.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.