
Sulit
5 tahun
Demam campak@ pelentung
Saya perempuan yang berusia 19 tahun. Saya baru baru ni kena demam campak. Saya nak tanya maggi, asam, coklat boleh makan ke? Sambal ikan bilis saya baca ada yang kata tak boleh makan tapi ada kata boleh. Saya keliru apa yang boleh makan dengan tak sebab takde senarai yang spesifik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, anda tidak perlu berpantang dari apa2 makanan ketika demam campak. Demam ini adalah disebabkan oleh virus dan tiada kaitan dengan pemakanan, melainkan sekiranya anda sememangnya ada alergi terhadap mana mana makanan tersebut. Perbanyakkan minum air kosong dan makan makanan berkhasiat untuk membantu mempercepat proses penyembuhan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.