
Sulit
5 tahun
Demam dan batuk selepas program tabligh
suami saya ada menyertai program tabligh di Sri Petaling seperti yang dinyatakan di kenyataan rasmi kkm. dia juga mengalami demam & sakit tekak selepas program tersebut dan telah mendapatkan rawatan di klinik mediveron. sehingga ke hari ini, dia hanya mengalami batuk. apakah yang patut kami lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kerisauan anda mengenai wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Memandangkan suami anda telah mengalami gejala batuk yang berlanjutan, suami anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan suami anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini suami anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini