
Anonymous
5 tahun
Demam dan batuk yang berpanjangan
Saya telah mula batuk pada 10 jun 2019 dan hanya pergi mendapatkan rawatan di klinik kerajaan pada 21 jun 2019 kerana merasakan kahak yang banyak. Dr yg merawat mngatakan paru2 ok dan hanya bagi pil cair kahak beserta ubat selsema. Pada petang 21 jun 2019 saya telah mendapat demam dan berlarutan sehingga 24 jun 2019. Pada 24 jun 2019 saya telah mendapatkan rawatan di klinik swasta. Saya telah diberikan neb dan ujian darah menunjukkan bacaan sel darah putih agak tinggi iaitu 17. Dr telah menasihatkan saya utk mngambil ubatan yang beliau syorkan dahulu dan jika tidak sembuh dalam masa 2 hari saya harus ke hospital utk xray. Dr telah memberikan ubat batuk syrup perisa vanilla 15ml 3 kali sehari, antibiotik 2 kali sehari serta paracetamol setiap 6 jam. Selepas sehari saya mngambil ubat2 tersebut sy mngalami cirit birit anggaran 6 kali sehari. Saya beranggapan cirit birit itu adalah sebagai tindak balas terhadap ubatan dan mengeluarkan sakit dari badan. Pada ptg hari kedua saya berasa agak sihat dan tidak perlu ke hospital. Tetapi pagi hari ketiga iaitu hari ini saya merasa kembali lesu. Adakah sakit yang saya alami sesuatu yg berbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca batuk berpanjangan:
• Jangkitan bakteria atau virus
• Asthma
• Allergic Rhinitis
• Pneumonia
• Penyakit tibi
• COPD
Batuk yang disebabkan oleh jangkitan bakteria biasanya adalah lebih sukar sembuh berbanding jangkitan virus.Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Sekiranya batuk anda masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih.