
ejadean.luv
5 tahun
Demam dan cirit birit (najis berwarna hijau gelap)
Saya wanita umur 35thn, mulai kelmain malam saya mengalami cirit-birit dan muntah…keesokkannya saya mengalami demam yg teruk diikuti sakit kepala dan sakit seluruh badan,badan lemah tiada selera makan.
Saya makan paracetamol demam tu kebah tpi cirit-birit masih sehingga malamnya…setelah muntah ahit kuning baru saya rasa sedikit selesa dan boleh menelan makanan walaupun hanya 5sudu.namun cirit-birit masih sehingga kini hampir waktu subuh.
Adakah normah najis berwarna gelap? Hijau gelap kehitaman? Dan cair seperti air.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah demam, cirit-birit serta najis abnormal yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan usus akibat keracunan makanan
- Penyakit radang pankreas - boleh menyebabkan cirit-birit, demam dan najis abnormal
- Radang buah hempedu juga boleh menyebabka gejala yang serupa
- Penyakit radang usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.