Sulit
4 tahun
Demam dan hilang deria bau
Hi doc, Saya berumur 26 tahun dan baru-baru ini saya demam dan selesema kemudian sembuh selepas 2 hari, cuma masih batuk, tiada gejala sesak nafas, tetapi, tiba-tiba hari keempat selepas saya demam saya kehilangan deria bau, saya risau sebab saya suda bergaul dengan keluarga, adakah normal atau kemungkinan saya di jangkiti covid 19?? Saya risau😢
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, demam, selsema dan kehilangan deria bau, boleh disebabkan oleh jangkitan covid-19 atau jangkitan lain. Anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi jabatan berkaitan dengan talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda perlu ambil ujian covid dan mungkinnya kuarantin sepanjang 2 minggu ikut arahan yang diberikan selepas anda lapor diri. Sekiranya keputusan ujian anda negatif selepas itu, anda bukan dijangkiti oleh covid-19. Status anda dan ahli keluarga anda akan dikemas kini selepas anda laporkan diri kepada KKM.
Tambahan pula, sila mengikuti SOP, memakai mask, rajin basuh tangan, jaga kebersihan masing-masing dan jarakkan diri sama lain.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































