
afiq280390
5 tahun
Demam dan ketgangan di perut
saya lelaki berumur 29 tahun. mula mengalami demam dan tak sedap badan dan demam akan reda sekiranya saya consume panadol actifast, kemudian demam menyerang kembali. ini membuat perut saya tidak selesa, terasa tegang di perut dan seperti penuh angin. boleh bantu saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Secara umumnya, demam anda mungkin disebabkan oleh beberapa penyakit di bawah:
- Jangkitan virus atau bakteria seperti penyakit tibi atau sinusitis.
- Penyakit kelamin seperti HIV juga boleh menyebabkan demam berlarutan.
- Penyakit autoimun seperti arthritis rheumatoid, systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD).
- Sebab demam yang lain seperti reaksi terhadap sesetengah ubat.
Kembung perut atau angin dalam perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas.
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Oleh sebab rawatan bagi setiap kondisi di atas berbeza-beza, anda digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan atau ujian yang lebih lanjut supaya rawatan yang betul dan berkesan dapat diberikan secepat mungkin. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Sekian, Harap membantu.