Sulit
3 tahun
Demam dan mengalami kahak
Saya wanita berumur 20 thn. Saya mengalami demam hampir seminggu. Saya cuma mengambil panadol biasa sahaja. Badan jadi lemah, sendi menjadi lenguh, sakit kepala,loya … Sakit tekak sebab kahak menghalang saya menelan sebarang makanan /minuman. Apakah patut saya buat.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang paru-paru (Pneumonia)
- Jangkitan saluran pernafasan
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang pharynx (pharyngitis)
- Tuberkulosis
Keradangan ini adalah kerana dijangkiti oleh kuman ataupun virus yang menyebabkan gejala tersebut. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.