
Sulit
5 tahun
Demam dan sakit badan serta sesak nafas
Saya wanita 35tahun sy merasa panas badan dan suhu badan sy 37.1 dan sy juga mengamali sakit bdan di bahagian belakang dan hari nie di bahagia batis sy juga mengalami masalah pernafasan ketika tidur kadang-kadang saya berasa loya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sakit badan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- osteoarthritis
- Rheumatoid Arthritis
- Jangkitan virus
- Systemic Lupus Erythematosus
- GERD
- Kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.