
nurafifi259
5 tahun
Demam dan sakit belakang
saya kerap sakit belakang. Tapi kali ini saya demam beserta sakit belakang dah hampir tiga hari.Ia menyebabkan saya selalu keletihan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit belakang dengan demam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pyomyositis yaitu keradangan akibat jangkitan otot
- necrotizing fascitis (jangkitan tisu)
- abscess
- penyakit keradangan pelvik
- appendisitis kronik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.