
Sulit
4 tahun
Demam dan Sakit Tekak yang di alami selama 5 hari dan tidak mempunyai gejala seperti selesema dan batuk
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya berumur 29 tahun, dan kini mengalami gejala demam dan sakit tekak. Sepanjang dalam keadaan demam dan sakit tekak saya tidak mengalami simptom seperti batuk dan selsema, just hidung berair akibat lelehan kahak di tekak. Disamping itu, apabila saya menggerakkan dagu atau leher ke bawah terasa tidak selesa di bahagian kerongkong. Saya juga mempunyai sejarah sebelum ini sering terkena demam yang berpunca daripada sakit tekak. Sepanjang tempoh PKP selama 2 minggu saya hanya duduk di rumah dan tiada sejarah kontak rapat positif covid-19. Adakah ini berpunca daripada tonsil atau radang tekak? Perlukah saya melakukan saringan covid-19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk mengetahui punca sebenar demam anda, maklumat lanjut serta permeriksaan diperlukan sebelum membuat keputusan. Oleh itu anda disarankan untuk mengajukan masalah ini dengan doktor bagi mendapatkan jawapan yang dikehendaki.
Untuk mengetahui keperluan bagi anda melakukan ujian saringan COVID-19, ia bergantung kepada risiko anda. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/