
Sulit
2 tahun
Demam dan sakit tekak
Hi doktor saya lelaki berumur 27 bolehkah saya makan antibiotik untuk demam dan juga sakit tekak sedangkan dalam 2 mgg lepas saya sudah menghabiskan antibiotik untuk penyakit kulit?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pemeriksaan secara terperinci perlu untuk dilakukan sebelum memberikan perskripsi antibiotik kepada seseorang. Pemeriksaan ini adalah untuk memastikan seseorang itu betul-betul dijangkiti kuman dan bukan virus atau sebagainya. Hal ini kerana, pemberian antibiotik kepada pesakit sembarangan akan menyebabkan masalah antibiotic resistance.
Selain itu, ubat ini biasanya memerlukan preskripsi doktor untuk mendapatkannnya. Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall EPharma) (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.