
Sulit
4 tahun
Demam dan sedikit batuk
Saya ada ke klinik kesihatan dan cek suhu badan adalah 36.5. Sejam kemudian, saya pergi farmasi dan suhu badan saya 37.9.saya ada batuk sedikit lebij 1 bulan. Apakah yang perlu saya lakukan

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah batuk berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Pneumonia (Jangkitan paru-paru)
- Penyakit tibi
- COPD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.