
Sulit
4 tahun
Demam dan tekak kering
Salam doktor…sy kamarul berumur 42 tahun…13 mac sy rasa tekak kering dan demam suhu 36.9 dan telah berjumpa dr di klinik swasta…15-17 mac sy ke ho chi minh, vietnam…balik sy self kuarantin… 21 mac sy rasa tekak kering dan 22 mac sy kena food poisining dan demam…sy telah berjumpa doctor klinik swasta dan demam sy lingkungan 37.2 dan tekak sy bengkak……semalam rasa macam batuk tapi dia tak rasa nak batuk sangat…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Antara penyebab umum yang boleh menyebabkan sakit tekak adalah:
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. Oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.