
Sulit
4 tahun
Demam , degupan jantung laju , cepat penat dan kerap pening kepala dan rasa nak pitam. Kadang terasa mual dan sukar untuk tidur
Saya wanita dalam lingkungan umur 20 an. saya nak tanya semenjak 3 hari ni saya asyik demam panas , jantung saya degup laju , sakit kepala , cepat penat dan kerap rasa nak muntah . Boleh saya tau , adakah ini demam biasa ? setiap hari saya akan makan panadol utk bgi rasa sakit ni hilang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Jangkitan selaput otak (meningitis)
- Demam denggi
- Leptospirosis
- Malaria
- Demam viral (viral fever)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca demam anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Jangan lengahkan waktu kerana kami bimbang keadaan boleh menjadi parah.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.