Sulit
5 tahun
Demam dengan kadang2 ada kahak, selsema tiada tetapi seolah2 nk ada selsema
Suhu badan baru naik petang ini, semacam.nak demam
TIADA batuk
TIADA bersin
Cuma kadang2 ada sedikit khak
TIADA selsema, tetapi kadang2 semacam nak ada mukus di ada mukus baru nak mula di hidung. Saya makan vitamin C jari mukus dan kahak mula hilang. Akan kembali semula beberapa jam kemudian.
Adakah ini potensi risiko Covid-19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, demam, selesema dan batuk berkahak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Antaranya:
- jangkitan virus influenza
- demam denggi
- kencing tikus
- keradangan
- common cold
Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































