
Fiza
6 tahun
Demam denggi dan Hb rendah
Adakah denggi boleh buat blood loss? Hb suami masa sihat 15.6. (Test pd 6/2). Hb masa denggi (10.5 (test pd 4/4). 19/4 demam berpanjangan sehingga hari ini dan hb 9.6 (test pd 30/4). Doc di hospital sg buloh maklum possible loss if dengue plus infection lain. Jadi macam mana saya nak tahu masalah ni

6 tahun
Salam sejahtera.
Doktor sememangnya suspek kekurangan darah yang berkaitan dengan denggi kerana denggi yang serius boleh mengakibatkan kekurangan darah. Hb bermaksud haemoglobin dalam ujian darah. Haemoglobin merupakan protein yang membantu sel darah merah untuk membawa oksigen dari paru-paru ke tempat lain. Sekiranya anda mengalami kekurangan darah, maka kamu boleh mengalami beberapa simptom seperti kesesakan bernafas, kepeningan, sakit kepala dan denyutan jantung yang tidak teratur.
Bagi suami anda, jikalau dia mempunyai jangkitan denggi yang berpanjangan, maka dia mungkin mempunyai kekurangan nutrien yang diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah. Sesetengah kondisi genetik seperti sickle cell anemia dan thalassaemia juga boleh mengakibatkan masalah anemia anda.
Sekiranya kekurangan darah adalah berkaitan dengan kekurangan nutrien, maka pemakanan yang seimbang boleh memperbaiki situasi sebegini. Doktor anda juga mungkin memberikan suplemen untuk memperbaiki anemia suami anda.

6 tahun
Hai. Terima kasih di atas soalan anda.
Demam denggi merupakan jangkitan virus yang dibawa oleh nyamuk betina Aedes melalui gigitannya pada manusia. Simptom-simptom utama ialah demam panas yang tinggi, sakit kepala yang teruk, sakit belakang mata, sakit otot dan sendi, mual, muntah, kelenjar bengkak atau ruam.
Denggi yang teruk adalah komplikasi yang berpotensi maut akibat kekurangan plasma, pengumpulan cecair, susah bernafas, pendarahan teruk, atau gangguan organ. Oleh itu, rawatan perubatan yang betul diperlukan untuk mengelakkan komplikasi dan risiko kematian. Dalam situasi suami anda, penurunan platelet adalah ciri demam denggi yang berlaku selepas 4-5 hari daripada jangkitan.
Pengurangan dalam hemoglobin dalam kes denggi boleh disebabkan oleh pendarahan yang berlaku akibat platelet yang menurun. Hal ini adalah kerana platelet berfungsi mengetulkan darah. Kekurangan platelet akan menyebabkan pendarahan mudah berlaku. Jangkitan lain yang boleh menyebabkan kekurangan haemoglobin ialah jangkitan parasite tapeworm yang menyebabkan anaemia disebabka oleh kekurangan zat besi yang diserap oleh parasite tersebut. Tuberculosis dan abses di paru-paru juga boleh menyebabkan penurunan haemoglobin di dalam badan.
Untuk mengetahui punca sebenar dalam situasi suami anda, ujian darah yang dipanggil ferritin untuk membezakan anaemia disebabkan oleh kekurangan zat besi atau tidak. Diharap ini dapat membantu anda.