
Anonymous
6 tahun
Demam kanak-kanak. Cara mengukur suhu menggunakan termometer digital dahi
Anak saya 2tahun demam. Boleh saya tau cara gunakan termometer yg betul? Saya ada termometer bacaan di dahi. Sy dapati bacaan suhu pada tengah dahi(atas hidung) dan tepi dahi (bhampiran telinga) berbeza.
Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Cara penggunaan termometer adalah bergantung kepada jenisnya. Sekiranya termometer dahi digunakan, cara yang betul adalah dengan meletakkannya di tengah dahi atau antara dua bulu kening di mana kawasan tersebut tidak ditutupi rambut dan mudah untuk mengukurnya.
Sememangnya suhu tubuh boleh berbeza di bahagian yang lain. Bacaan suhu yang paling tepat adalah di dalam dubur. Namun cara ini semestinya adalah kurang sesuai untuk dilakukan secara rutin. Jadi alternatif seperti termometer telinga, dahi, ketiak dan bawah lidah boleh digunakan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan penerangan lanjut. Terima kasih.