
atyeem
4 tahun
Demam, kebah, menggigil kebah dan demam semula
Doktor, saya berumur 31 tahun. Hari Sabtu lepas, saya demam dan doktor kata tonsil saya bengkak dan merah. Doktor bagi saya antibiotik untuk 3 hari dan saya sudah habiskan. Selepas itu saya masih rasa tidak sihat, kadang badan saya menggigil kadang kebah balik kadang saya demam semula. Saya telah ke klinik semula, doktor test darah dan doktor kata kiraan darah saya normal, bukan denggi. Doktor beri antibiotik lagi untuk 4 hari. Masalahnya, suhu badan saya masih lagi tak menentu, kadang normal, kadang naik sehingga 38.1°c. Apa yang perlu saya busy? Adakah saya perlu berjumpa doktor semula atau habya meredakan demam dengan paracetamol?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam adalah gejala yang umum. Bagi memerincikan punca demam anda, maklumat tambahan diperlukan seperti simptom-simptom lain. Namun begitu, mengikut keterangan anda, punca demam anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Demam influenza - disebabkan virus influenza yang sukar untuk ditangani dan menyebabkan demam panjang
- Demam denggi, malaria, kencing tikus
- Penyakit berkaitan keradangan seperti penyakit radang usus, radang hati
- Penyakit berkaitan sel darah putih seperti leukemia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.