
Sulit
4 tahun
Demam kerana mempunyai batu karang di kidney sebelah kanan dan kiri
Saya seorang lelaki berumur 34 tahun. Berkerja sebagai jurutera teknologi maklumat. Pada bulan lepas saya terasa ada sakit sikit dibahagian abdomen kiri berserta demam panas selama beberapa hari dan dimasukkan ke hospital. CT scan telah dibuat dan doktor terbabit mengatakan demam saya berkemungkinan berpunca dari Batu Karang yang berada di buah pinggang. Berikut adalah beberapa keterangan yang saya petik dari report CT Scan Abdomen:
- On the left kidney - 3 small calculi seen at lower pole measuring 2-3mm and left upper pole (7.9mm)
- On the right kidney - 2 calculi seen at lower pole measuring 8mm and 2.5mm
- Right proximal ureteric calculus measuring 1.1cm
- Impression:
4.1 Multiple bilateral renal calculi
4.2 Proximal right ureteric calculus. No obstructive uropathy
Semasa di hospital saya diberi rawatan antibiotik dan pcm oleh doktor terbabit (internal medicine).
Doktor terbabit juga telah discaj saya dan memberikan referral letter untuk further check-up di hospital pakar urology.
Oleh kerana kekangan waktu berkerja saya telah menangguhkan untuk further check-up terbabit. Tetapi dalam masa yang sama, saya juga risau jika akan ada sebarang kesan terhadap batu karang ini.
Persoalan saya:
- Berdasarkan report CT scan abdomen tersebut, adakah batu karang saya dikategori sebagai teruk atau biasa?
- Bolehkah rawatan dengan mengambil ubat sahaja boleh merawat batu karang ini secara efektif?
- Jika tidak, apakah rawatan yang terbaik dan efektif tetapi tidak sakit untuk keadaan seperti ini? (ini kerana saya mendengar pandangan dari pengalaman rakan2 lain yang rawatan ESWL lebih selesa dan kurang sakit jika di compare menggunakan kaedah rawatan memasukkan scope di salur kencing)
Mohon pandangan doktor.
Terima kasih.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda:
- Penjelasan mengenai kategori batu karang yang anda alami hanya boleh diberikan oleh doktor pakar urology.
- Selain daripada rawatan ubatan, anda juga digalakkan untuk minum air masak dengan banyak kerana ia boleh membantu mengecutkan batu karang yang anda alami.
- Rawatan ESWL ialah “shock wave lithotripsy” dimana doktor akan menembak kawasan batu karang tersebut menggunakan beberapa tenaga yang menyebabkan getaran dan memecahkan batu karang tersebut. Namun, rawatan yang paling bersesuaian adalah bergantung kepada individu dan pesakit serta kepakaran doktor pakar yang merawat.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.