aniesani223
4 tahun
Demam kerap pada waktu malam
Saya ada membaca berkenaan demam malam sama seperti yg dihadapi anak saya sekarang,hari ni dh masuk 3 hari dia demam cuma demamnya melarat pada waktu malam sahaja,waktu siang demamnya berkurangan dan dia aktif seperti biasa …bila waktu malam batuk dia menjadi-jadi dan dia sering mengadu sakit perut sehingga muntah. Walaupun dah makan ubat demam suhu badannya tetap sama.,adakah keadaan dia merbahaya doktor?Saya telah merujuk kp doktor tetapi seperti biasa hanya diberi ubat yang sama…perlukah saya merujuk kepada pakar kesihatan Kanak -kanak.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman pihak anda, ujian darah sangat membantu dalam mencari punca bagi sakit demam. Namun, terdapat punca-punca lain yang perlu diketahui seperti:
- Jangkitan kuman atau virus dalam badan
- Deman denggi
- Kencing tikus
- Malaria
- Jangkitan paru-paru
Jangka masa untuk seseorang itu sembuh adalah bergantung kepada punca demam yakni jenis virus ataupun bakteria, tahap immuniti badan seseorang serta bergantung kepada kesihatan am sama ada pesakit ada masalah kesihatan yang lain ataupun tidak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.