
Sulit
3 tahun
Demam lama selepas vaksin
Saya telah cucuk vaksin pada 31/7/21 dan pada 1hb saya dh mula rasa demam pada sebelah malam. Lepas makan ubat demam rasa berkurangan tetapi mula balik rasa selepas habis kesan ubat. Sehingga ke hari ini 5hb masih lg demam panas. Saya telah ke klinik pada 4 hb dan hny diberi ubat demam dan urat. Perlukah saya tunggu lagi beberapa hari atau terus ke hospital. Terima kasih

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami oleh suami anda adalah konsisten dengan kesan sampingan vaksin. Vaksin tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi imuniti terhadap penyakit covid. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gejala yang anda alami.
Namun, gejala anda boleh juga disebabkan oleh penyakit lain seperti jangkitan bakteria atau virus. Oleh itu, kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini