
Sulit
3 tahun
Demam lebih 4 hari selepas vaksin dose ke 2
Salam Doctor.nak tanya normal ka demam lebih dari 4 hari selepas ambil vaksin dose ke 2.demam tu kejap ada kejap tak ada.lepas makan ubat panadol demam ok keluar peluh…lepas tu batuk kering lagi.vaksin haritu 30hb .sinovac

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Soalan yang ada ajukan adalah berkenaan kesan sampingan vaksin COVID-19 dan anda ingin mengetahui sama ada gejala yang anda alami adalah berkaitan vaksin. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba membantu anda dalam perkara ini.
Kesan sampingan vaksin COVID-19 yang boleh berlaku adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
Biasa berlaku:
- Merah, bengkak, gatal atau sakit pada kawasan suntikan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Loya
- Demam
- Sakit otot
Jarang berlaku:
- Bengkak kelenjar
- Sakit anggota badan
- Pitam
- Kurang selera makan
- Sakit perut
Demam merupakan kesan sampingan yang bersifat ringan dan akan dialami oleh semua orang selepas menerima vaksin. Memandangkan demam yang dialami oleh anda bersifat ada dan tiada, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini