
Sulit
4 tahun
Demam melebihi 3 hari. Sakit pada bahagian abdomen dan menggelatar
Saya wanita 20an, sekarang saya sedang demam (hari kelima) last time saya check suhu is 38.6 dan badan saya terlalu berat dan sakit. 2 hari lepas saya ada ke klinik 24 jam, doktor check bahagian perut saya tapi beliau maklumkan kawasan yang sakit itu adalah di bahagian bawah tulang rusuk. Sekarang saya masih berasa sakit dan demam masih belum kebah. Batuk sudah 2 hari, hari ini ada simptom selsema dan sakit tekan. Saya juga mengalami sakit leher. Pada hari pertama saya demam, saa tidur agak lewat sekitar jam 4 pagi dan ketika itu badan saya tidak boleh bergerak dan kebas. Apa perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang apendiks (appendicitis)
- Radang pankreas (pancreatitis)
- Jangkitan paru-paru
- Radang tulang rusuk atau selaput dada
- Keracunan makanan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda dan ia boleh disebabkan oleh punca yang kami tidak sebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.
Sila jumpa doktor dengan segera kerana anda telah mengalami masalah ini buat seketika. Anda juga perlu berjumpa doktor dengan segera dan tidak digalakkan untuk berlengah sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Cirit-birit
- Muntah-muntah
- Lemah dan lesu
- Sukar bernafas
- Sakit dada
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.