
nafisa_ija
5 tahun
Demam menggigil, badan panas di luar tapi kesejukan
Assalamualaikum doktor. Saya nak tnya kenapa bila malam je badan saya sgt panas sampai menggigil dan saya rs sejuk yg terlalu sgt. Hal ni dh berlarutan lebih seminggu. Saya sudah dptkan rawatan dan cuma ubat demam dan antibiotik yg diberi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam panjang yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman - seperti virus atau bakteria yang perlu dicari puncanya
- Penyakit yang disebabkan auto-imun - seperti Artritis Juvenile, Penyakit Kawasaki
- Penyakit berkaitan darah putih - seperti lebih sel darah puith (leukemia)
- Penyakit yang berkaitan keradangan - seperti Penyakit Radang Usus, Radang Apendiks
Sensasi badan panas diluar tetapi berasa sejuk didalam adalah fenomena yang dirasai ketika seseorang itu demam. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Disebabkan anda sudah mengambil antibiotik dan ubat demam, anda dinasihatkan untuk menghabiskan ubat-ubat tersebut pada masanya. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.