
Sulit
5 tahun
Demam naik turun dan sakit sendi
Saya umur 41 pada 28hb March 2020 periksa demam di klinik dan diberi ubat demam dan antibiotics.Suhu badan saya akan naik selepas saya mandi kebelakangan ini dan sendi tangan dan kaki akan rasa kurang selesa (tiada sakit tekak,batuk atau sesak nafas).Dalam tempuh ini perlukah Saya lajutkan pemeriksaan ke hospital…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, demam dan sakit sendi boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Antaranya:
- jangkitan virus influenza
- demam denggi
- kencing tikus
- keradangan
- common cold
Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini