Sulit
3 tahun
Demam on off. Dan rasa sejuk sangat. Lepas je rasa sejuk dalam 2/3 jam, akan rasa panas sampai badan berpeluh2 pastu ok. And then dia akan dtg balik xkira masa
Dr, minggu lepas saya demam on off selama 4 hari. Dan sudah ke klinik utk ambil ujian darah. Darah saya ok. Dan minggu ni demam datang balik. 2hari lepas saya rasa sejuk sangat sampai terketar2 badan saya. Sampai kuku saya hadi biru. Tapi kejap je. Xsmpai 2jam Xsampai 2 jam. Harini demam dtg balik. Selalu demam takde tanda2. Tiba tiba je badan rasa sejuk sangat2. Patut ke saya ke klinik utk ambil ujian darah lg?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam adalah gejala yang umum. Bagi memerincikan punca demam anda, maklumat tambahan diperlukan seperti simptom-simptom lain. Namun begitu, mengikut keterangan anda, punca demam anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Demam influenza - disebabkan virus influenza yang sukar untuk ditangani dan menyebabkan demam panjang
- Demam denggi, malaria, kencing tikus
- Penyakit berkaitan keradangan seperti penyakit radang usus, radang hati
- Penyakit berkaitan sel darah putih seperti leukemia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.