syahirahsyera.aziz
5 tahun
Demam on off dan selsema berkahak
Anak sy berusia 3 tahun6 bulan telah mengalami demam semenjak 3 hari yang lalu. Setelah dirawat di hospital dan membuat ujian darah, doc memberitahu bahawa anak sy hanya demam kerana tonsil yg bengkak. Soalan sy, adakah ujian darah yg dijalankan boleh mengesan sekiranya terdapat jangkitan covid-19? ini kerana sehari selepas rawatan di hospital, anak sy mula bernafas dengan bunyi kahak yg kuat, dan kahak tersebut menyebabkan dia mule batuk dan suara mula hilang. Adakah tanda tanda ini menunjukkan jangkitan covid-19 atau tidak? Terima kasih doctor.
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Saya memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius) bagi kanak-kanan demam adalah 38.0
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, sewaktu doktor membuat pemeriksaan mulut, jika terdapat tonsil yang bengkak, ia tidak menjurus kepada COVID-19. Hal ini kerana, virus covid tidak menyebabkan tonsil membengkak.
Walaubagaimanapun, memandangkan anak anda mempunyai gejala batuk, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anak anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anak anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara percuma dengan merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































