
Sulit
3 tahun
Demam on off dan suhu sentiasa naik turun setiap hari letih dan lesu
Sering rasa panas badan macam demam on off,ketika bangun pagi suhu badan ok…dan bebarapa jam selepas itu suhu badan akan naik seperti hendak demam… setiap hari akan begitu,kadangkala saya akana makan paracetamol untuk kurangkan,tapi ke esokkn ia terjadi lagi… adakah sebab gerd yang saya alami doc? Apa perlu saya buat?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Demam tifoid
- Tuberkulosis milier
- Abses dalam
- Demam denggi
- Penyakit kencing tikus
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor