
Sulit
4 tahun
Demam on off kanak kanak berumur setahun
Anak saya demam on off…ketika lps tidur…badan n kepala panas…kaki sejuk…telonga sejuk…mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang rasa demam.
Untuk makluman anda, terlebih dahulu saya ingin nyatakan suhu badan yang normal adalah antara 36.5 sehingga 37.5 darjah Celsius. Jika suhu badan kurang atau lebih daripada julat yang normal, bermakna anda demam atau mengalami ketidakstabilan suhu.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Namun secara umunya, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
- Pneumonia (jangkitan paru-paru)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.