
Sulit
5 tahun
Demam on off. Kerja kawasan red zone
Saya berumur 27 tahun and pekerja essential services. Since last week saya ada demam on off on off. Batuk, selsema , loya and ciri birit ada tapi sekali je. Tak mengalami sesal nafas. Cuma baru2 ni kawasan tempat kerja saya dan ndi red zone. And baru dapat tahu yang depan office kami dN ada kedai yang staffnya dijangkiti covid 19. Staff tu dtg ke bank dan buat transaction deposit duit tapi yang attend tu bukan saya cuma, teammate saya. Teammate saya tak menunjukkan sebarang simptom tapi saya ada. Perlu ke sYa pergi buat ujin saringan sebab sya dah makan ubat demam setiap malam tapi tak kebah. Bdan pnas dalam. N sYa tk pernah pergi ke luar negara fyi. Tq doc

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, selain daripada jangkitan COVID-19, demam juga boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Demam malaria
- Jangkitan tifoid
- Demam tibi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini