Sulit
2 tahun
Demam on off sakit kepala
Saya berumur 18 tahun…sejak kebelakangan ni saya asyik demam on off dan selalu salit kepala…kadang tu sakit perut dan rasa loya…adakah saya keracunan makanan atau sakit lain
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala demam secara berkala dan sakit kepala. Anda turut mengalami sakit perut dan rasa loya. Kami akan cuba membantu anda.
Kami memerlukan maklumat tambahan mengenai masalah anda kerana gejala anda adalah terlalu umum dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya :
- Jangkitan kuman dalam badan seperti demam denggi atau jangkitan coronavirus
- Keracunan makanan (gastroenteritis)
- Masalah autoimun
- Sistem imuniti badan yang rendah
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.