
faradzi1404
5 tahun
Demam panas anak berlarutan
hi…sy nak bertanya soalan mengenai anak saya yang baru berusia 1 tahun 3 bulan
pada 26/5/19 - 29/5/19 anak saya telah dimasukkan ke hospital…saya bawa dia ke hospital kerana nafas dia laju dan perut die ada lekuk bila dia tarik nafas…dan mengikut hospital, final diagnosis dia adalah bronchopneumonia with parenteral diarrhoea…setelah dirawat ank sy ok tapi nafas dia masih berbunyi tapi tidak laju seperti awal2 dia masuk hospital…kemudian anak saya telah dishargepada 29/5/19…
.
tapi pada 31/5/19 anak saya mengalami demam panas dan saya telah membawa beliau ke hospital…ketika di unit emergency anak saya punya suhu adalah 40 celcius…kemudian dia telah dimasukkan ke wad dan ditahan dr 31/5/19 - 3/6/19 …dan kali ini final diagnosis anak saya adalah partially treated pneumurice… tapi semenjak disharge anak saya punya demam masih berlarutan sehingga ke hari ini…bacaan suhu dia kadang 38.7 celcius…
bila waktu malam demam beliau naik semula dengan bacaan suhu kadang kadang mencecah 38.7…begitu juga pada waktu pagi demam beliau meningkat…dan dlam pukul 10 pagi…suhu badan telah turun dan kembali normal…tapi…bila menjelang pukul 6 petang demam dia akan naik semula…tadi pada pukul 9 malam suhu dia naik kepada 38.7 celcius…pada jam 10.45 malam suhu dia turun kepada 38.1 celcius…dan sekarang pukul 11.30 malam suhu dia 37 celcius…
apakah penyakit anak saya ye dokter…saya risau kerana suhu badan dia kejap on off…sedangkan ubat yang saya beri ikut waktu yang ditetapkan…siang tadi anak saya aktif sehingga pkul 8.30 malam…dia juga tidak mengalami cirit birit atau muntah…selera makan ok…dan dia minum susu pon ok…sekarang saya bagi dia minum susu formula…sebelum ni saya bg susu campur…kadang susu badan kadang susu formula…saya stop bagi susu badan sejak semalam kerana saya mengalami selsema…tolong saya dokter…sya kesian dengan dia…apakah punca penyakit anak saya?adakah berbahaya? apakah tindakan yang perlu sya lakukan seterusnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda. terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan dibuat tentang masalah yang anak anda .
Namun demikian,secara umumnya,terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gejala yang anak anda alami. Antaranya ialah:
- Infeksi bakteria (biasanya dikenali sebagai Pneumonia)
- Infeksi virus
- Asma (disebabkan oleh allergen seperti debu)
- Penyakit kawasaki (demam tempoh 5 hari, permukaan lidah kelihatan seperti buah strawberi,ruam pada kulit,bengkak gelenjar limpa)
Kemungkinan besar demam anak anda disebabkan oleh jangkitan kuman yang dirawati di hospital. Anda juga diminta untuk teruskan bagi ubat ubat yang disarankan daripada hospital supaya anak anda cepat sembuh. Sekiranya anak anda mengalami masalah ini berterusan selepas makan ubat/ mengalami simptom simptom seperti nafas laju,kurang selera makan,batuk berkahak sila rujuk ke klinik dengan segera.Antara perkara yang boleh dilakukan dirumah ketika demam adalah :
- Demam yang ringan <38°C dan tiada komplikasi
- Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
- Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
- Cuba mandikan anak dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.
- Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
- Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
- Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih