
Sulit
5 tahun
Demam panas, cirit birit dan tidak mahu minum susu
Salam Dr, anak saya yg berumur 2thn 3bln baru sembuh dari demam panas (39.7) dan telah dibawa ke colombia hosp dan naluri medical centre. Dia cuma diberi ubat demam melalui punggung dan dinasihatkan utk tepid sponging. Harini anak saya sudah tidak demam tetapi masih cirit birit (4kali). Dia tidak berapa mahu makan dan tidak mahu minum susu langsung. Apakah yg perlu saya buat Dr? Saya amat risau, terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Melalui situasi yang anda berikan di atas, saya sarankan untuk anda membawa anak anda ke hospital lagi. Hal ini kerana dia berisiko untuk mengalami dehidarsi akibat dari cirit-birit dan tidak minum dan makan. Hal ini sangat membimbangkan.
Berikut merupakan antara gejala dehidrasi:
Bibir dan lidah kering
Mata cengkuk
Menagis tanpa air mata
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh anak anda dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera terutamanya jika dia mengalami dehidrasi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.